Cerita Telur

Bila bercerita pasal telur, ramai yang akan kata kuning telur itu bahaya. Betul ke? Tahukah anda bahawa kuning telur kaya dengan pelbagai antioksida, vitamin A, vitamin B, garam mineral, folate, choline, lutein, omega dan lain-lain? Adakah pengambilan kuning telur menyebabkan peningkatan kolesterol? Tahukah anda kolesterol penting untuk menjalankan fungsi-fungsi badan?


Kursus Kecergasan 2024
Kolesterol secara umumnya ada 2 jenis, kolesterol yang baik (HDL) dan kolesterol yang tidak baik (LDL). Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Connecticut menunjukkan sekumpulan lelaki makan 3 biji telur sehari, kuning telur dan putih telur selama 12 minggu berjaya meningkatkan paras HDL sebanyak 20% dan paras LDL kekal pada tahap sama. Ini meningkatkan ratio HDL kepada LDL. Walaubagaimanapun, kumpulan yang hanya mengambil putih telur tiada perubahan pada paras HDL mereka. Paras HDL yang tinggi dan LDL yang rendah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Paras LDL boleh direndahkan dengan pengambilan fiber dan senaman yang teratur. Jadi adakah kuning telur sebenarnya berbahaya kepada badan kita?

Omega-3, omega-6, dan omega-9 adalah asid lemak yang penting untuk kesihatan yang baik. Asid lemak ini memberi manfaat kepada kulit, rambut, sistem peredaran darah, pembiakan, pernafasan dan otak. Omega-3 dan omega-6 tidak dapat dihasilkan oleh badan tetapi badan dapat menghasilkan omega-9 daripada omega-3 dan omega-6.

Omega-3

Omega-3 mengandungi asid lemak tak tepu asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA). Omega-3 boleh ditemui dalam jenis ikan tertentu seperti salmon herring, mackerel dan lain-lain. Pada tahun 1976, seorang saintis berbangsa Denmark H.O. bang dan J. Dyerberg mempelajari diet Eskimo dan membuktikan bahawa diet tinggi omega-3 dapat menurunkan kadar trigliserida dalam darah dan mencegah terbentuknya plak pada arteri. Antara sumber yang boleh didapati dalam bentuk supplemen seperti minyak ikan, flaxseed oil dan lain-lain.

Omega-6

Omega-6 merupakan asid lemak perlu. Omega-6 mengandungi asid linoleat, dan ditemui dalam minyak sayur, kacang-kacang dan biji-bijian. Omega-6 juga ada dalam kuning telur. Omega-6 memberikan sumbangan untuk pembiakan yang baik dan perkembangan otak. Mungkin ada yang pernah dengar petua untuk mengambil telur kuning dan madu untuk kesihatan lelaki.

Omega-9

Omega-9 merupakan asid lemak yang ditemui dalam minyak zaitun, minyak nabati, alpukat dan kacang-kacang. Omega-9 menurunkan paras kolesterol dan memperkuatkan sistem kekebalan badan. Omega-9 dapat dihasilkan dari omega-6 dan omega-3. Tetapi kebiasaannya, ramai yang kekurangan omega-3 dan omega-6. Omega-6 mungkin lebih disebabkan ramai yang makan kuning telur.

Kekurangan asid lemak omega-3, 6 dan 9 boleh menyebabkan ruam kulit, keletihan, sistem kekebalan badan rendah, infertilitas dan masalah pada sistem pembiakan. Sebuah kajian pada tahun 2002 oleh American Heart Association menunjukkan hubungan antara pengambilan omega-3,6,9 dengan pengurangkan penyakit kardiovaskular. Pengambilan omega-3, 6 dan 9 juga membantu menyekat kalori berlebihan daripada terus masuk ke badan dan disimpan sebagai lemak.

Idealnya, pengambilan omega-6 seharusnya dua hingga 4 kali lagi banyak daripada omega-3. Satu kajian pada tahun 1999 oleh Workshop on the Essentiality of and Recommended Daily Intakes menunjukkan kepentingan nisbah ini. Pengambilan terlalu banyak omega-6 dengan terlalu sedikit omega-3 mungkin menyebabkan gangguan inflamasi seperti arthritis dan psoriasis.

Berbalik kepada soalan, adakah kuning telur berbahaya kepada badan kita? Pengambilan terlalu banyak dan tidak mengikut ratio pengambilan omega-3 yang memberbahaya sebenarnya. Jangan takut untuk mengambil kuning telur jika ratio anda dalam lingkungan yang sepatutnya. Tahukah anda, pengambilan kuning telur turut membantu dalam pembakaran lemak?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

78 thoughts on “Cerita Telur

  1. Zaki Khan says:

    Kenapa dicipta guide line tentang pemakanan telur, n set limitation, kebanyakan pertubuhan, bdn kerajaan termasuk mengambil cara mudah utk mengajar mengurangkan ratio pengambilan, jika nak diajar detail, takut ramai tak faham. kadar pengambilan rakyat Malaysia sendiri lebih 15-20 kali omega 6 berbanding omega 3. dlm telur dll yg dinyatakan, bukan 100% terdiri drpd omega tertentu tetapi campuran, tp majoritinya omega tertentu. terdapat telur2 yg cuba promote kandugan omega 3nya, tetapi sebenarnya terlalu sikit omega 3 yg terkandung.

  2. setuju. fakta kuning telur x bagus utk kesihatan (kecuali brlebihan) dah x blh guna. selain itu lbh kurang 30% protein dr sebiji telur trdpt dlm kuning telur. nak kena selalu update diri ngan info2 dan maklumat2 trbaru. kerana kajian sentiasa d lakukan. jadi keluar info2 n fakta baru dikeluarkan berdasarkn kajian yg tlh dlakukan. Terima kasih pada mereka2 yg menyebarkan info2 terbaru.

    pasal omega-3. ape beza omega-3 yg brpunca dr flaxseed oil dgn sumber marin. blh terang kn ckit ape kelebihan dan kekurangn? buat masa ni sya mengambil omega-3 dr ikan. sbb baru2 saya ada terbaca kadang2 omega3 dari sumber marin spt ikan2 mungkin dcemari heavy metals.
    Thanks.

    1. Zaki Khan says:

      nak kata ada supplement yg betul2 clean pun payah. setiap 1 ada kemungkinan, ada baik ada buruk. semua biological product. sumber yg terbaik daripada raw food yg tidak tercemar.

      jika bercerita pasal ubat2an, kebanyakan ubat n supplement dlm tempoh human testing lg. nak pastikan sesuatu tu selamat sgt lama, kena kaji kesan jangka masa panjang dll. supplement2 yg dikaji merbahaya kebiasaannya akan ditarik dari pasaran. mungkin ada sesetengah negara yg tidak tarik, atau nak clear stock dll. dulu pernah ada 1 ubat darah tinggi, aviator, sgt top kononnya berkesan utk turunkan darah tinggi, lepas byk kes kematian, baru ditarik balik. mcm kes paracetamol, kesan jangka masa panjang, boleh kena parkinson dll. tp tidak ditarik balik. dan mcm2 lg kes melibatkat ubat n supplement. antara kes kematian terbesar kalau ikut ranking, no 2@3, adalah disebabkan ubat2an.

  3. telur mmggg bnyk kbaikkan..hehehe=)

    1. Zaki Khan says:

      :D. byk kalau nak ungkai satu2

  4. nurul_fatihah says:

    owh, baru tau ni

  5. berapa byk telur putih dan telur kuning yg patut diambil dalam sehari?

    1. Zaki Khan says:

      brapa byk telur putih mengikut keperluan, jika berniat utk tambah protein intake, sasarkan 1 jumlah. purata telur putih 2-3g 1 biji mengikut saiz. manakala telur kuning mengikut portion omega. tp perlu diingatkan, walaupun kita memerlukan kolestrol, tp jika ‘terlalu’ byk, bahaya juga. benda baik kalau amik byk pun x elok. amik nasi lebih, boleh lead ke diabetis. amik minyak lebih boleh lead ke cardiovascular problem. senaman berlebihan pun boleh lead ke mcm2 masalah kesihatan. jd dlm semua benda, berpada2 la

      1. contoh ckp la bro.kalau selama ni dlm diet kita makan 4 biji telo tp kesemua 4 biji tu kita hanya mkn putih telo shj,jd mcm mne plak kita nk ubah diet tu.adakah 2 biji telo putih 2 biji telo penuh @ 3 biji telo putih 1 telo penuh @ tmbah bil telo.senang ckp brpe byk biji telo utk yg putih & berapa byk plak utk yg penuh (yg penuh tu b’maksud keseluruhan kandungan telo iaitu putih & kuning).. thanx bro n sory kalo ayat b’terabur.hehe

        1. Zaki Khan says:

          telur putih kalau 4 biji tu rasanya terlalu sikit jika aimnya utk membina bdn. tp dgn portion katakan 1 meal amik 10 biji telur, boleh saja jika nak amik sehingga 4 biji. sperti diberitahu sbelum ini, depend ngan ratio omega-3. depend juga dgn aktiviti.

      2. salam dato..untuk yang kurus dan hardgainer..peluang nak kena penyakit tu besarke
        2.telur berapa butir?
        3.nasi berapa pinggan?

  6. salam
    bagaimana pula cara pemakanan telur..
    rebus @ mentah @ 1/2 masak

    1. seeloknya dimasak, samada 1/2 masak, full terpulang. sekurang2 bakteria disingkirkan walaupun x sepenuhnya. atau boleh campurkan madu asli ke dlm telur itu dan minum. ada org perut dia x tahan, so better masak sikit

      1. camne plk dengan kuantiti pengambilan
        adakah perlu hanya untuk workout day or every day

        1. setiap hari. igt otot membesar ketika rehat. tp camna nak membesar kalau supply x cukup

          1. 10q dato

      2. kalo masak tak hilang protein ka?

  7. fazli rozi says:

    telur mmg terbaik utk kseihatan n binabdn tp nk mkn 10biji mmg siksa gila huhu..4 biji pun rasa nk muntah

  8. wan kedah says:

    baru ku tahu… kena hentam sekali ngn telur kuning dah ler lps nie… terima kasih atas inf0 nie… memang berbal0i f0ll0w entri web nie… Teruskan Usaha mu br0 Zaki Khan…

    1. thx , info berguna . . lps ni bantai je la ngn telo kuning skali , takde la nk buang dah .

  9. I am not sure if my comment will be useful here, but I just wanted to say that I really like how you write, very easy to read!

  10. Assalamualaikum utk bina badan skrg2nyer brpe bjik tlur yg prlu dmkn shari,Dato mkn brpe bjik tlur sehari? .
    Dkt Mlaysia kdai mne yg jual supplement halal utk bdy-builder?
    sbb drp survey sye byk supplement yg djual xthu halal @ haram dan ramai body builder muslim hentam shj pdhl halal haram perlu diambil kira

    1. waalaikumsalam

      keperluan protein mengikut berat seseorang. x bleh nak bg average brapa biji. kalau nak sedap at least 1g protein utk 1 lbs body weight. kalau berat 100 lbs, 100g protein. telur AA putih amik average 3g, biasanya lg rendah. campur protein dari sumber2 lain. cukupkan 100g.

      supplement halal ni susah nak crita. bila crita bab whey protein pun, utk menghasilkan whey protein, guna enzim daripada babi gak. ada beberapa yg mendapatkan sijil halal daripada sana. tp entahla. topik halal haram ni menarik utk dikupaskan. insyAllah saya cuba usahakan sbelum atau semasa puasa nanti

  11. Assalamualaikum

    10Q utk feedback Dato n sy akn mnuggu topik halal haram

    Sy bru lg dlm bodybuilding n sy psti smua lelaki mhu bdn yg byk otot2
    dan x lokek duit utk suplement2 ttp dlm keghairahan bina bdn kdg2 kte lpe isu halal n haram krn mknn yg kta mkn akn mnentukan siapa diri kita dan kte akn dprtggjwb kelak,Hrp dato dpt bg brand supplement yg halal yg ade kt psrn mlaysia sbb sy ade mggnkn sjnis supplement sblm ni tp brhnti gne sbb was2 .

    1. insyaAllah jika sempat sebelum puasa, jika x, mungkin awal puasa.

  12. Assalamualaikum

    10Q utk feedback Dato n sy akn mnuggu topik halal haram

    Sy bru lg dlm bodybuilding n sy psti smua lelaki mhu bdn yg byk otot2
    dan x lokek duit utk suplement2 ttp dlm keghairahan bina bdn kdg2 kita lpe isu halal n haram krn mknn yg kta mkn akn mnentukan siapa diri kita dan kte akn dprtggjwb kelak,Hrp dato dpt bg brand supplement yg halal yg ade kt psrn mlaysia sbb sy ade mggnkn sjnis supplement sblm ni tp brhnti gne sbb was2 .

  13. salam…
    saya nk tanya Dato,klau telur sparuh msk cmpr dgn kicap dan lada sulah adakah ia akan menjejaskan kandungan protein dlm telur tu?

    1. kicap tu termasuk dlm kalori x perlu. kandungan tidak terjejas tp kenapa perlu masuk kalori x perlu? tp kalau x boleh telan disebabkan rasa, amik la skit

      1. tq dato..shoulder,trap,bicep,trisep,peha dh nmpk perubahan tp perut still ada lemak..huhu…susah betul nk jg mkn yg betul2 clean..

          1. betol2..klu x displin n malas mmg xjadi…nsb jmpa blog dato,byk ilmu yg dpt…tq dato..harap terus paparkan entri yg bermanfaat…

  14. salam…dato nk tnya ckit le..

    Telur bgs mkn time mentah2/rebus/masak???
    n pa bezanya smua nie ye???

    topik pasal halal n haram supplement da siap ke tok??pa webnya??

    tq dato

  15. Nk tnya,..sy suuuuka sgt mkn tlur..n sy mkn dua2 jns..puth n kuning..tp aim sy untuk slimkn bdn…espclly lower part..bkn bina bdn..brp kuantiti yg sesuai untk diambl ek?kalau stiap hari mkn 2 bji ok x?smggu sy brsenam 5-6 x..30mnit..hrap dato dpt bntu.tqB-)

  16. salam……berat sy 60kg,agk2 brp biji telur sy kna mkan utk build bdan…….mntak pndapat….

    1. jika train hardcore, aim 130g protein sehari. telur putih sekitar 3 g sebiji. campurkan skali dlm kiraan

      1. bantal_golek says:

        kalau aim 130g protein,telur putig 3g protein sebijik maknanya kena telan lebih kurang 44biji telur putih??

  17. AbanGadang says:

    Salam Bro Z 🙂
    saya nak tahu. untuk sebiji telur penuh (kuning+putih), jumlah keseluruhan kalori berapa ya? dan lagi satu, jumlah protein? saya amalkan pagi 4 biji. sebelum workout 3-4 biji. ada tambah dengan gainer selepas workout. 7-8 biji sehari tu, tak berlebihan ke? bahaya tak?

    1. AbanGadang says:

      kesilapan berlaku, saya amik 10-11 biji sehari. tambahan 2-3 biji tengahari 🙂

      1. secara average 60kalori, 6g protein. kalau diseimbangkan dgn omega-3 ok. tp kalau kosong, sekitar 4-5 biji kuning. kalau putih, extra xde masalah. apa2 pun, ia cuma guideline.

  18. Kepada semua kawan -kawan, saya setuju…..nak beritahu semua yang sekarang ni anda dapat membeli putih telur 100% pastura……..Dia america, eropah and australia dah lama dipasaran…..sekarang anda boleh dapati di Malaysia…layari http://www.myeggwhite.com. Betul tak brother Zaki……..

    1. ya, myeggwhite adalah yg terbaik.

      arnold, tlg promote ni ada commision x? 😀

  19. Salam . telur full rebus & separuh masak . mana lagi bagus ?
    ada perbezaan ? saya lebih suka telur rebus . macam mana ?

    1. kalau ikutkan, separuh better lg, tp tak byk beza pun. ada advantage ambil separuh besar, lebih senang telan berbanding full, rasa kenyang

  20. so,bleh ke sye amek 4 bji telor penuh pada pg??dn 2 pd ptg??

  21. saya nk tanye la , cmne kite nk pilih produk protein yg sesuai ea ? saya dah cuba minum susu HL yg high protein tu , resultnye saya sakit perut la . org ckp de protein yg x sesuai dengan badan . cmne nk pilih yg sesuai ?

    1. bukan protein, tp x thn dgn lactose. kebanyakan produk ada lactosa, cari yg isolate.

  22. acceptpain says:

    saya seorang yg kurus dan saya mahukan badan yg berketul,soalan saya jika sy ambil suplemen bcaa kmudian mkn tlur 3suku 4 bj shri

  23. acceptpain says:

    saya seorang yg kurus dan saya mahukan badan yg berketul,soalan saya jika sy ambil suplemen bcaa kmudian mkn tlur 3suku 4 bj shri adakah otot sy akn lbih cpt membesar atau sama saja.adakah suplemen ini memanfaatkan lg protien yg diambil?

  24. mie besibaru says:

    jika train hardcore, jum protein sehari perlu tinggi.. telur putih sekitar 3 g sebiji, bcaa membantu dlm stamina & recovery je..bdn x menjadi klu protein intake x ckup, masa rehat perlu juga diambil kira, klu naturel food ckup supplement pon x perlu x pe..

    p/s dato tlong betulkan klu saya salah

  25. nk tanya, sye ade bli tlr gred A 0.38sen, mmg bsr gile, kekadang pecah sebiji 2 kuning..ok ke tlr ni?ke cocok nyer?

      1. mksd sye ni bkn tlr tiruan ke..ato ape2 je la..2 kuning dlm stu tlr tu tk jd isu bg sye

          1. owh..gitu tq

  26. Salam, saya pesakit kanser tulang..boleh ke saya ambi telur utk diet saya dan brapa biji telur boleh saya ambil dlm sehari?
    TQ

    1. kanser tulang sepatutnya tingkatkan intake protein. berapa biji bergantung pada berat bdn dan aktiviti.

  27. Salam dato sy makan 5biji ayam kmpung, kuning telur sy mkn semua. Oke x? Tghri dada ayam,nsi syur. B4 workout amek snack, pas workout, amek nsi n dada ayam. Ok x?

  28. Assalamualaikum Dato’ , saya nak tanya , saya ambil 5 biji telur sehari , berat saya hanya 56-57kg dan saya nak capai berat 65 dan badan yang tough . adakah ianya memadai ? umur saya baru 21 tahun , ada idea dari dato’ dan kalau menjadi . kesan cepat atau lambat ? bagaimana pula kalau 10 biji telur dalam sehari ? 5 selepas workout dan 5 sebelum tidur ?

  29. Salam..nak tanya..anak saya lelaki,5 tahun..pengambilan telur ayam kampung (separuh masuk)…4 biji sehari..adakah ia ok atau tidak elok untuk kanak2..

  30. Salam..nak tanya..anak saya lelaki,5 tahun..pengambilan telur ayam kampung (separuh masuk)…4 biji sehari..adakah ia ok atau tidak elok untuk kanak2..

  31. salam dato, nak tanya.saya makan dlm 8-10 telur tiap hari.and kuning semua sy makan..rasa2 okay ke?ke kena buang sikit kuning?sy rebus tiap kali nak makan.tak guna myk.tq dato

      1. As salam dato

        Saya nk tnye ni….pasal pemakanan..sy umo 16 taon 9 bulan..boleh ke sy ke gym..boleh ke sy amik suplemen..boleh ke sy amik whey protein…berapa kah prlu sy amik telor putih dalam 1 hari..saya berat 85 tinggi 174

        1. boleh. Arnold start umur 13.
          supplement takde masalah, cuma lebih digalakkan selepas 18 thn. perlu ke tidak, bergantung pada cukup ke tak kalori. kena kira.
          mcm soalan yg baru jawab td.
          85 x 2.245 = 190
          cuba aim 190g protein kalau main utk bina badan 6 kali seminggu. 1 biji telur putih dlm 1-3g

  32. sye umur 25..brt 80 kg..shri mkn tlur 6 bjik..4 ptih 2 kning..mkn 3x shri trmsuk 2 ktul dda aym..sye prlu kan protein dlm 170..adkah ini mnckupi ntok mmbina otot..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: